Monday, December 26, 2011

UJIAN HIDUP: Allah sayangkan kita

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, hari ini 26/12/2011 bersamaan 1434H, mari kita sama2 memanjat kesyukuran kepada yang maha Pencipta, Allah taala kerana masih diberi peluang untuk hidup dan bernafas di muka bumi ini. Tanpa disedari, begitu cepat masa berlalu, hari demi hari dilalui,penuh dengan liku-liku kehidupan yang penuh mencabar, subhanallah, kadang2 diri ini leka denganMu ya Allah..ampunkan aku ya Allah...


Bermula detik ini, saya telah menghabiskan pengajian selama 4tahun di USIM, dan sisa2 kehidupan di bumi Nilai ini hanya tinggal untuk menduduki peperiksaan akhir saja..Ya Allah, apakah masa yang berlalu, aku telah manfaatkan dengan menuntut ilmu dengan sebaiknya? apakah ilmu2 yang ku pelajari selama 4tahun ini boleh disumbangkan kepada ummah??Ya Allah, takutnya bila perseolan2 sebegitu timbul di benak..4tahun bukan jangka masa yang singkat, tapi 1 masa yang lama sehingga ramai yang terkandas dipertengahan jalan, alhamdulliah setakat ini saya masih lagi mampu meneruskan pengajian walaupun banyak ujian2 dan pancaroba dalam meniti hari bergelar mahasiswa islam.
Bercakap tentang ujian hidup ini,saya yakin dan percaya, setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini mesti pernah melalui ujian hidup kerana Allah telah berfirman:


"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya". (Al-Kahfi (18): 7)


Tidak kira lah sikit, atau banyak, besar atau kecil ujian itu, sehinggakan setiap orang menerima dengan keadaan yang berbeza, ada yang senyum sahaja dan berfikir dengan positif, tidak kurang juga yang sumpah seranah, tertekan, menyalahkan takdir serta sehingga menyesali dengan kehidupan yang dilalui tanpa disedari dari mana datangnya ujian itu...manusia kadang2 lupa(termasuk diri saya) tentang yang maha Esa, darinyalah datang ujian dan cabaran hidup, tujuannya untuk apa? tidak lain tidak bukan kerana Dia begitu sayangkan hambaNya, tidak dibiarkan selesa dan terleka dengan kehidupan yang dilalui, ini kerana, lumrah manusia, bila didalam kesusahan dan kesukaran, baru akan ingat kepada Allah..Jadi jika banyak kesusahan yang di alami, maka semakin banyak dan dekatlah diri hamba kepada penciptanya...sungguh indah hikmah dari Allah..Selain itu, Allah mahu kita merasai dan mempraktikkan nikmat sabar itu, kerana orang yang bersabar besar ganjarannya disisi Allah taala..firman Allah bermaksud:


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". "(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". (Al-Baqarah (2): 155-156)
Sesungguhnya sabar itu indah. Setiap manusia mampu memberitahu dan mengungkapkan sabar ditepi bibir, tapi seramai manakah yang mampu mengaplikasikan 'sabar' itu dalam kehidupan?seramai mana yang benar2 memahami dan menggunakan konsep sabar itu apabila ditimpa kesusahan? seramai mana yang mampu mempamerkan senyuman manis disaat diri di uji dengan ujian yang berat? persoalan2 ini hanya mampu dijawab oleh setiap individu..tepuk dada tanya iman..


Kembalilah kepada Allah, sesungguhnya Allah sentiasa mendegar rintihan hambaNya yang sabar, yang taqwa..jika percaya ujian itu dari Allah, maka kepadaNyalah kita kembali, ngadu kepadaNya, rujuklah kitabNya yakni Al-Quran nul karim dan peninggalan rasulNya yang terakhir, Muhammad saw iaitu hadis2 nabi..dengan itu, percayalah, hidup ini akan indah jika kita bersama Ilahi.


Allahuakbar...terasa diri ini begitu kerdil di pandanganMu ya Allah..Mohon Kau titipkanlah kesabaran dalam dalam setiap perjalanan hidup ini ya Allah, hanya padamu kami memohon ya Allah, kuatkanlah hati kami, bekalkanlah keimanan dalam diri kami, cekalkanlah hati dan jiwa kami dalam menghadapi setiap cubaan dariMu, tumbuhkanlah kasih sayang sesama kami agar kami dapat bersama2 menuju kesyurgaMu ya Allah, tautkanlah hati2 kami dengan nilaian ukhwah yang mantap agar kami mampu bersatu dan menegakkan agamaMu dibawah kalimah Lailahaillah..sesungguhnya kami berharap hanya padaMu..perkenankanlah doa hambaMu yang hina ini ini..amin..


nota jari:: sama2 kita hayati lirik lagu dari kumpln Mestika ;Rahmat Ujian;


::BiCaRa siKiDaL::