Friday, April 5, 2013

PRU-13 UNDI ANDA BERMAKNA

Assalamualaikum..

Pertama sekalinya, ingin dinyatakan di sini bahawa saya merupakan antara insan atau anak muda yang bakal mengundi buat pertama kalinya. Jadi, semangat berkobar-kobar neh untuk pulang mengundi di negeri Kelatan tercinta.

Untuk entry kali ini,ingin saya berkongsi berkaitan pendapat saya tentang Pilihan Raya di negara kita, PENDAPAT saya ye, tiada kaitan dengan mana-mana pihak. huh..!

Sebenarnya, saya sendiri pelik dengan sesetengah kawan saya tidak mengambil tahu tentang pilihan raya, tentang parti, tentang keadaan negara, nak kata mereka jenis tidak pedulikan orang lain, tak jugak, sebab bab hiburan, artis bercerai, artis kawin, artis beranak, artis rapat dengan orang tu, orang ni,  cepat je, macam lidah cicak makan lalat..

Mereka kata, ah lantak la parti mana nak menang, ada aku kesah? atau 'hmm...aku tak peduli pun, semua parti sama je' dan macam-macam alasan yang kita dengar dengan orang yang bersikap endah tidak endah ni.

Tapi pada saya, sebagai seorang rakyat yang sah di sisi taraf kewarganegaraan, dan sebagai orang muda tambahan mahasiswa pula, kita patut 'alert' malah wajib mengambil tahu tentang isu politik semasa dalam negara. Itu penting kerana menunjukkan kita cakna dengan persekitaran serta memberi idea yang bernas untuk Malaysia lebih baik.

Telah lama kita bagi mandat kepada Barisan Nasional (BN), iaitu sejak negara merdeka hingga kini,yakni lebih 50 mereka memerintah. Tetapi....jeng..jeng..jeng...sebenarnya banyak kepincangan yang berlaku, walaupun tidak dinafikan banyak juga pembaikan untuk Malaysia, tetapi kepincangan tetap banyak kerana Malaysia layak lebih baik dari ini.

Setelah pelbagai kemajuan yang dibina oleh parti komponen BN, tetapi seiring juga pelbagai kepincangan, seperti peningkatan kadar jenayah, korupsi di kalangan pemimpin kerajaan, defisit hutang negara semakin meningkat, kes bermula dari masyarakat,politik,ekonomi, pendidikan,sosial sehingga jati diri anak muda menjadi pertaruhan umno BN untuk memajukan diri mereka. Hiburan yang melampau diterapkan kepada anak muda yang kehausan ilmu agama, mereka GAGAL.

Kami mengimpikan Malaysia aman damai, adil kepada rakyat, media yang adil,telus dan menjaga kebajikan rakyat. Kalau kita sudah nampak kewibawaan pemimpin BN selama 50 tahun ini, apa kata kita tengok pulak kewibawaan ahli pimpinan Pakatan Rakyat untuk PRU kali ini.

Indahnya negara jika pemimpin kita bukan sahaja pandai memimpin, tetapi lebih penting BERIMAN, tahu hukum hakam, kerana itu membuatkan mereka merasa rendah diri sentiasa memikirkan tanggungjawab kepada rakyat dan mereka turut diperhatikan oleh Ketua sekelian alam yakni Allah Taala :)

Jadi, jalankan tanggungjawab dan hak anda selaku rakyat Malaysia dalam PRU13 ini..Pilihlah mengikut apa yang kita rasa, bukan apa yang mereka kata..salam ukhwah..!!

Pesanan Buat Diri: Indahnya hidup di bawah kepimpinan ulama'..warasatul anbiya'.