Thursday, June 5, 2014

Hamba Lemah..

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yg paling soleh di kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" (Imam Hassan Al-Basri)

Sesungguhnya, kata-kata dari cendekiawan Islam itu saya bawa agar kita semua faham tentang kewajipan dakwah terhadap kita semua. Untuk menerangkan tentang kata-kata dari Imam Hassan al-Basri itu, saya rasa semua yang membaca ini dah faham maksudnya. Beliau berkata, tugas dakwah itu penting kepada semua manusia yang bergelar Muslim..Jadi, jangan rasa diri tidak sempurna, "aku pun banyak kekurangan lagi, takkan aku nak nasihat dia plak, nanti apa kata dia?" tidak harus timbul, kerana jika menunggu orang yang sempurna, mustahil dan pasti tidak ada yang menyampaikan dakwah pada hari ini, kerana yang maksum itu adalah para Rasul sahaja. Justeru, 

AKU KEMBALI

Lama sudah aku tidak menulis..berhabuk berdebu sungguh belog ini..

Kisah hidup aku juga telah berubah..ibarat kapal yang belayar, namun masih belum berlabuh lagi..

Aku kini sedang menulis, rutin harianku menulis, mengasak pena, menekan keyboard, mencurah idea..

Kadang-kadang bertalu-talu, kadang tidak keluar walau satu..kadang langsung beku..

Itu lah aku..insan musafir yang mencari ilmu..meninggalkan keluarga nun jauh di negeri serambi Mekah..

Namun aku tidak sedih, aku anggap itulah pengorbanan..ingin sesuatu harus lepaskan sesuatu..ya..betul..aku cuba berlagak kuat..

Aku yakin, Allah bantu..kawan-kawan ada sedia bersama, teman seperjuangan tidak leka tinggalkan aku sendiri..

Betapa beruntungnya aku...masih lagi mahu mempersoal takdir?

Jahat pula aku..sering tidak mensyukuri..aku leka, aku lalai dalam membaca bai-bait ayat firmanMu..

Maafkan aku...aitulah aku..INSAN PENDOSA..DAMBA PAHALA..

6:50 05062014


Friday, April 5, 2013

PRU-13 UNDI ANDA BERMAKNA

Assalamualaikum..

Pertama sekalinya, ingin dinyatakan di sini bahawa saya merupakan antara insan atau anak muda yang bakal mengundi buat pertama kalinya. Jadi, semangat berkobar-kobar neh untuk pulang mengundi di negeri Kelatan tercinta.

Untuk entry kali ini,ingin saya berkongsi berkaitan pendapat saya tentang Pilihan Raya di negara kita, PENDAPAT saya ye, tiada kaitan dengan mana-mana pihak. huh..!

Sebenarnya, saya sendiri pelik dengan sesetengah kawan saya tidak mengambil tahu tentang pilihan raya, tentang parti, tentang keadaan negara, nak kata mereka jenis tidak pedulikan orang lain, tak jugak, sebab bab hiburan, artis bercerai, artis kawin, artis beranak, artis rapat dengan orang tu, orang ni,  cepat je, macam lidah cicak makan lalat..

Mereka kata, ah lantak la parti mana nak menang, ada aku kesah? atau 'hmm...aku tak peduli pun, semua parti sama je' dan macam-macam alasan yang kita dengar dengan orang yang bersikap endah tidak endah ni.

Tapi pada saya, sebagai seorang rakyat yang sah di sisi taraf kewarganegaraan, dan sebagai orang muda tambahan mahasiswa pula, kita patut 'alert' malah wajib mengambil tahu tentang isu politik semasa dalam negara. Itu penting kerana menunjukkan kita cakna dengan persekitaran serta memberi idea yang bernas untuk Malaysia lebih baik.

Telah lama kita bagi mandat kepada Barisan Nasional (BN), iaitu sejak negara merdeka hingga kini,yakni lebih 50 mereka memerintah. Tetapi....jeng..jeng..jeng...sebenarnya banyak kepincangan yang berlaku, walaupun tidak dinafikan banyak juga pembaikan untuk Malaysia, tetapi kepincangan tetap banyak kerana Malaysia layak lebih baik dari ini.

Setelah pelbagai kemajuan yang dibina oleh parti komponen BN, tetapi seiring juga pelbagai kepincangan, seperti peningkatan kadar jenayah, korupsi di kalangan pemimpin kerajaan, defisit hutang negara semakin meningkat, kes bermula dari masyarakat,politik,ekonomi, pendidikan,sosial sehingga jati diri anak muda menjadi pertaruhan umno BN untuk memajukan diri mereka. Hiburan yang melampau diterapkan kepada anak muda yang kehausan ilmu agama, mereka GAGAL.

Kami mengimpikan Malaysia aman damai, adil kepada rakyat, media yang adil,telus dan menjaga kebajikan rakyat. Kalau kita sudah nampak kewibawaan pemimpin BN selama 50 tahun ini, apa kata kita tengok pulak kewibawaan ahli pimpinan Pakatan Rakyat untuk PRU kali ini.

Indahnya negara jika pemimpin kita bukan sahaja pandai memimpin, tetapi lebih penting BERIMAN, tahu hukum hakam, kerana itu membuatkan mereka merasa rendah diri sentiasa memikirkan tanggungjawab kepada rakyat dan mereka turut diperhatikan oleh Ketua sekelian alam yakni Allah Taala :)

Jadi, jalankan tanggungjawab dan hak anda selaku rakyat Malaysia dalam PRU13 ini..Pilihlah mengikut apa yang kita rasa, bukan apa yang mereka kata..salam ukhwah..!!

Pesanan Buat Diri: Indahnya hidup di bawah kepimpinan ulama'..warasatul anbiya'.

Monday, July 16, 2012

SARANHAEYO YA RAMADHAN KAREEM 


Assalamualaikum...

Alhamdulillah..sebelum berbicara dengan lebih lanjut, Alhamdulillah diungkapkan tanda kita syukur dengan nikmat Allah. Syukur kerana masih diberi peluang menghirup udara segar dibumiMu. 

Hmm...Sedar tak sedar, kini kita semakin menghampir bulan mulia yang dinanti-nantikan. Ramadhan Kareem tiga hari lagi. Ya Allah, syukur padaMu.. Aku Mohon untuk merasai dan mengecapi Ramadhan yang kudamba itu kerna ku tahu, Engkau membuka Pintu Ma'rifat seluas-luasnya untuk HambaMU kelak. Syaitan turut dibelengu bagi memberi ruang untuk hambaMu menjalankan ibadah dengan lebih sempurna tanpa gangguan syaitan laknatullah itu.

Ya Allah..aku ingin menjadi Hamba itu, Hamba yang engkau beri nikmat dengan bulan mulia ini. Allah.

Walaupun aku kini kegelisahan menanti Ramadhan kareem. Gelisah kerana mengenangkan nasib menjalani ibadah puasa sendirian tanpa keluarga disisi. Namun segala kegelisahan itu tenggelam dek keghairahan bertemu dengan Ramdhan Kareem. Aku sedar, sendirian di dunia ini bukan penghalang untuk 'beramai' di syurgaMu kelak, Akan ku jadikan sendirian ini sebagai platform untukku berjamaah disyurgaMu..Amin.

Alhamdulillah..terima kasih, syukur padaMu ya Allah kerana memberiku nafas agar merasai nikmat RamadhanMu. Akanku manfaatkan ramdhan ini dengan sebaiknya agar dapat ku mengecapi indahnya syurgaMu kelak. 

Di sin, saya nukilankan sedikit puisi berkaitan Ramadhan untuk tatapan pembaca.. segala kekurangan mohon pencerahan dan diperbetulkan..Saya insan biasa, hanya Musafir Senja, yang mengharap cahaya mentari di siang hari lambat berlabuh, yang masih setia menunggu cahaya siang sebelum tibanya malam yang gelap, kerna walaupun bercahaya bulan dan bintang, namun cahayanya tidak mampu menadingi cahaya sang mentari. Cahaya itu dari Dia kepada kita.

Cahaya siang itu juga menggambarkan kehidupan saya hari ini, saya akan berusaha memperelokan sebaik mungkin hari ini, walaupun saya tahu esok mungkin ada untuk saya, tetapi saya tidak yakin esok adakah takdir saya lebih baik atau sebaliknya...


Ramadhan Ini...

Mengajar Aku Menjadi Hamba...
Mengajarku Menjadi Diri Sendiri...
Mengajarku Menjadi Lebih Baik Kini...
Mengajarku Agar Lebih Menghargai..

Menghargai Masa yang berjalan tanpa Henti...
Menghargai Nikmat Yang Dikecapi...
Menghargai Diri yang diberi Nafas Ini...
Menghargai Hidup yang Dirasai...
Menghargai Pancaindera yang sedang diNikmati...
Dan Menghargai Nikmat Imani wa Islami...

Ramadhan Kareem...

Datangmu sentiasa dinanti...
Oleh Hamba yang mencari redha Ilahi..
kerna 'engkau' semulia-mulia bulan...
yang penuh kebaikan diberi...
oleh Pencipta kepada Khalifah dibumi...
Pergimu ditatapi dan ditangisi...
Mana mungkin kembali dalam masa terdekat ini...
harus menunggu sepurnama lagi...
terseksa diri ini...

Ramadhanku...

Bulan penuh keberkatan...
Bulan penuh kerahmatan...
Bulan yang dimuhasabah diri oleh khalifah...
Bulan yang satu tiada syaitan...
Bulan yang manusia berusaha melakukan kebaikan...
Bulan penuh dengan  segala kema'rufan...
Agar insan menjadi Hamba lebih beriman...

Ku Mengharapkan Ramadhan ini...
Menjadi Ramadhan yang lebih baik...
Dari segala hari sebelum ini...
Tarbiyah Ramadhan kekal hingga kesemua bulan...
Semoga terus diberi kekuatan...
Semoga amalan diterima Tuhan...
Itu HARAPANku padaMU Allah..Padanya Ramadhan...............


Nota Hati::::::::::Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem...Hidup Matiku Hanya Kerana ALLAH:::::::::::::


Monday, June 4, 2012

Semangat yang HILANG...


Keje esok?ahhh..malasnye...malas sebab kerja tak seronok...malas sebab tidak gembira berada di sana...malas sebab kerja mengambil masa yang lama....malas sebab pergi kerja naik motor (kalau naik mercedes mesti da rajin)...malas sebab senior tak best...malas sebab dipaksa main netball untuk newsdesk...malas..malas..malas....


Arghhh........................ni la yang orang kate, NAK 1000 DAYA XNAK 1000 DALIH....


Hidup tak beruntung, badan tak bertuah................sentiasa dilanda murung, prestasi merundum........hadoyai...


Tapi, banyak aku belajar dari kerja itu..Belajar untuk berdikari..belajar menjadi diri sendiri...belajar menyesuaikan diri...belajar berkomunikasi...belajar mengenal masyarakat..bermula dari orang biasa hingga yang paling tinggi...belajar menulis dengan lebih baik...belajar menjadi hipokrit (hehehe)...macam2 ada..macam ASTRO jgk..hehee


Tapi yang Jelas sekarang..MALAS nak KERJA...RAJIN menghitung HARI nak HABIS...lalalaal....