Sunday, February 27, 2011

Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran

 Assalamualaikum..

        Bertemu kembali kite di arena blog ini..Kalau sebelum ni saya menceritakan tentang kehidupan dri tanah apa kite dijadikan, kali ini saya akan menceritakan pula tentang peringkat2 kejadian manusia, tujuan saya menceritakan semua ini adalah untuk memberi peringatan kepada saya sendiri dan juga teman2 supaya kite sedar akan dari mana kita datang, supaya kita kembali pada fitrah dan tidak takabbur di dunia y sementara ini...=)

      NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

      Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
      Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A- Sperma                                B- Sperma menebusi ovum
       ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah dri surah  al-Mukminun : 14 yang bermaksud:
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

       Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah
     Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

         MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud:

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.


      IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
                                                                                             al-Mukminun : 14

         Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin pada usia 12 minggu
        NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.


        NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.


nota Jari : Terfikirkah akan uniknya kejadian kita  ^_^

Saturday, February 19, 2011

Agungnya Ciptaan Allah..

Assalamualaikum..

Untuk kedua kalinya, sy ingin berkongsi dengan sahabat2 seklian tentang kejadian kita. Bila sy baca betapa indah, unik dan anehnya ciptaan manusia nie sy jadik sesak berair mata! di mana mulanya wujud kejadian manusia di bumi?? Nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang ALLAH S.W.T cipta, BAPA segala MANUSIA..
pelbagai persoalan ditimbulkan oleh para malaikat dengan kejadian manusia nie semuanya telah di sebut dalam Al-Quran Firman ALLAH :
 "Sesungguhnya Kami jadikan manusia ialah dengan sebaik-baik kejadian." (Surah Al-Tin:4)

Jadi, untuk diri sy, sy hanya tahu manusia dijadikan dari tanah tapi tak pernah tau dari jenis tanah yang macam mana.. korang tau tak? meh sini sy nak bagi tau dari buku, blog2 shabt2 lain, intrnet dn sbgainye yang sy baca tentang betapa uniknya manusia nie..

Korang dapat bayangkan bumi sendiri bersumpah atas nama ALLAH untuk tidak menyerahkan tanahnya untuk di ambil oleh Malaikat Jibril setelah diperintahkan ALLAH sebagai bahan untuk menjadikan Nabi Adam.. semuanya disebabkan kerisauan bumi sepertimana kerisauan para malaikat.. seterusnya ALLAH mengutuskan Malaikat Mikail dan Malaikat Israfil tetapi kejadian sama terjadi seperti Malaikat Jibril.. akhirnya ALLAH perintahkan Malaikat Izrail untuk turun ke bumi jangan sesekali berundur dan memberi amaran kepada bumi supaya tidak membantah suruhan ALLAH yang memungkinkan bumi menderhaka kepada ALLAH.. Subhan'Allah, betapa ALLAH menginginkan kewujudan manusia sebagai pengganti dan khalifah di bumi..
ari Ibnu Abbas, terjadinya manusia atas 2 gabungan tanah iaitu dari bumi dan syurga antaranya jenis-jenis tanahnya :-


·                     Tanah Baitulmuqaddis - Kepala
·                     Tanah Bukit Tursina (Mesir) - Telinga
·                     Tanah Iraq - Dahi
·                     Tanah Aden (Yaman) - Muka
·                     Tanah Telaga Al-Kauthar - Mata
·                     Tanah Al-Kauthar - Gigi
·                     Tanah Ka'abah (Makkah) - Tangan Kanan
·                     Tanah Paris (Perancis) - Tangan Kiri
·                     Tanah Khurasan (Iran) - Perut
·                     Tanah Babylon (Iraq) - Alat Kelamin
·                     Tanah Tursina (Mesir) - Tulang
·                     Tanah India - Kaki
·                     Tanah Firdaus (Syurga) - Hati
·                     Tanah Taif (Arab Saudi) - Lidah

Begitulah, b'mcm2 jnis tanah tlh dgnakn utk djdikn mnusia, kita sbgai hambaNya ptt b'syukur dgn apa y tlh d anugerahkn, iaitu nikmat terbesar pada kita adlah IMAN dan ISLAM..
Akan di UPDATE lagi kemudian tentang kejadian manusia sebagai khalifah di dunia ini...wallahua'lam..

Nota Jari : semakin takut dengan keadaan sekarang.. T_T

Tuesday, February 15, 2011

Kejadian manusia dan halatuju sebagai hambaNya....

Assalamualaikum wbt..


Buat sekelian kalinya, saya mula j berjinak2 dalam dunia bog ni, jdi msh byk y sy tdk thu tntg dnia tknology y ini...hrp kwn2 dluar sna pn dpt mmbntu sy utk mncantikkn lg blog sy ni, bkn pe, spya nmpk 'comel' skit..hehehee...utk blog ini, sukanya sy utk mmbwakan tema JEJAK KEHIDUPAN INSAN.....knpa??sebabnya kdg2 kite sbgai mnsia ni sring lalai, bkn ckp kt org lain, tp dri sy jga..jd kite mmrlukn bhn2 n infrmtion tntg khdpn kite spya kite sbg mnsia KEMBALI KPD FITRAHNYA...lgipun, sbg mnusia, kite sring kali leka dgn nikmat dnia y smntra ni, kwn2 pn kdg2 sgan n xtrgmak nk tgur kite, jd hrp srba sdkit y sya akn cttkn dsni dpt mydarkn kite..tp sy jga ign mmhon maaf jka ad t'slp n t'slap, hrp shbt2 smua dpt btlkn la ye...


Ok, bgi topic permulaan, sy ingn kte smua b'fkir dn merenung kmbali tntg kjdian kte d muka bumi ini..dri mnakah kite dtg???mengapa kite didtangkn?utk apa?dan kmna kite sbnrnye?adkh kkal ddnia@ad khdpn lain y lbh abadi????????


Jdi sya ign mnjwab dahulu persoalan y pling utama,iaitu, knp kite ddtgkn k dnia ini?ap y Allah mahukan sbnrnye dgn mnciptakan kita??utk itu, sy dtgkn Firman Allah taala y b'maksud:

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
 - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Utk mmperjlaskn lgi maksud ibadah itu, sy ign brkongsi dgn sahabat sekalian, bahawa para ulama' muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai runag lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada fardhu solah, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. berdasar Firman-Nya tersebut.


Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah S.W.T. serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W..

Jika demikian segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah S.W.T. serta teguh beribadah kepada-Nya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah S.W.T.. Ini bermakna rumah,sekolah, kilang,pejabat,sawah ladang, padang permainan, gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan beribadah. Bahkan seluruh bumi Allah S.W.T. ini merupakan 'masjid', tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.
Sehubungan dengan itu Syaikh al-Islam IbnTaimiyyah telah menyatakan bahawa:

"Setiap perkara yang telah Allah S.W.T. perintahkan hamba-hamba-Nya melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah S.W.T. sama ada tutur kata, perbuatan dan tingkah laku."

Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya, al-'Ibadah Fi al-Islam, bahawa: "Sesungguhnya beribadah kepada Allah S.W.T. tidaklah terhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al-Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sahaja sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah manyempurnakan hak Allah S.W.T. terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah selesai ditunaikan kewajipan 'Ubudiyyah terhadap Allah S.W.T..

Padahal tanggapan tersebut meleset daripada hakikatnya yang sebenar".
Beliau membuat penjelasan lagi bahawa:"Tidaklah dikira ibadah kepada Allah S.W.T. jika seseorang itu berfahaman: Aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas makan daging babi, minum arak, makan riba, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah S.W.T. yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada Allah S.W.T. bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidang kehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendak hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah S.W.T."
Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mesti memperbetulkan fahamannnya kembali mengenai Islam dan ibadah kepada Allah S.W.T.. Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah S.W.T.. Cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa ia adalah Khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah S.W.T. serta melaksanakan kewajipan ber'ubudiyyah kepada Allah S.W.T. semat-mata. Memadai ia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu ibadah kepada Allah S.W.T..

Menurut al-Qaradhawi lagi bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut ialah:
1. Menyeru kepada kema'rufan dan mencegah daripada kemunkaran.
2. Berjihad ke jalan Allah S.W.T..

Menurut huraian asy-Syahid Sayyid Qutb bahawa kerja-kerja menyuruh kepada ma'ruf serta mencegah daripada munkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi ma'ruf tidak tertegak sebagai ma'ruf dan munkar tidak dimusnahkan sebagai munkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar itu maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak atas dasar Iman kepada Allah S.W.T. dan Persaudaraan kerana Allah S.W.T. agar hukum-hukum Allah S.W.T. terlaksana, kerja-kerja ma'ruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikuti jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W.


Dgn itu, mka jlaslah knp kita djdikn ddnia ini, pelbagai nikmat y Allah telah berikan kpda kita, tp kta kdg2 leka kpda Pencipta kita y agung, mka mrilah kita sma2 utk kmbli kpd fitrah..andai ada slh slap dlm pnulisan sy di atas, hrp sahabat2 sklian tgurlah..sbb sy jga insan lmah y mmrlukn sokongn dri semua..waallahua'alam...wasalam..


Sesungguhnye dgn zikir itu blh mnnangkn hati.....

Adakah kita khusyuk dalam solat??????