Monday, May 14, 2012

UKHWAH INDAH..

Nak bermadah sikit..hihihih

UKHWAH itu...
Hadir dalam diri setiap manusia,
Bagi merasai nikmat hidup di dunia,
Bermula dari Allah ibu dan bapa,
Kemudian seluruh keluarga saudara mara...

Manisnya UKHWAH itu..
Usah dibandingkan dengan Madu,
Yang jelas manisnya kita tahu,
namun ukhwah lebih dari itu,
Mendekatkan yang sekutu,
Merapatkan yang tidak sebulu,
Menghadirkan insan2 baru,
Memberi kebahagiaan yang jitu,
Menambahkan kecintaan kepada Yang Satu..

Namun..
Tidak semudah itu,
Memerlukan ranjau yang berliku,
Untuk sampai ke 'tempat' yang dituju.......

Teman..
Terima kasih hadir dalam hidup ana,
Berkongsi segala bersama,
Dari manis hingga Duka,
Dari sekecil2 hingga sebesar2 perkara,
Membuatkan aku lebih teruja,
 Mengharungi hidup di dunia Fana,
Sambil memburu impian Di Sana,
Memasuki Mahligai Syurga bersama...

INDAH HIDUP INI ANDAI BERSAMA ILAHI=)

Nota Kaki: Aku, Dia dan Kamu..:)



 


Mengapa Ditunggu LAGI??

Assalamualaikum...

Mengapa ditunggu lagi? Ia berbalik kepada 'virus' masyarakat kita pada hari ini, semuanya nak tunggu 'tuah' 'rezeki' 'jodoh' 'hidayah' dan sebagainya datang bergolek sendiri..  Kenapa tidak diusahakan terlebih dulu untuk meggapainya??

Banyak kali kite dengar, perbualan orang ramai artis terutamanya, "saya mmg nak pakai tudung, tapi bila sampai seru" "kalau pakai sekarang, nanti takut buang pulak, buat tambah dosa je,tunggu la betul2 ikhlas", sama juga dalam bab jodoh, setiap orang inginkan yang terbaik, yang soleh, sempurna dalam hidup, tapi sedarkah kita, untuk mendapatkan yang baik,soleh dan sebagainya kite terlebih dulu kena lakukan yang terbaik, jadi yang solehah, begitulah sebaliknya...Allah telah berfirman:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Bukan ke Janji Allah itu pasti??

Ooo..nak pakai tudung, tapi tunggu sampai seru, tunggu ALLAH SWT bagi hidayah..Baca ni apa Ustaz Azhar Idrus oyak:

  


Ustaz pun cakap, MULAKAN DARI SEKARANG..InsyaAllah Dia akan permudahkan urusan kita di dunia akhirat...

Hidayah tu sebenrnya perlu DiCARI,
Bukan DiNanti,
Sama macam JODOH dan REZEKI...

 So, kita tunggu apa lagi, kenapa kita tidak mulakan dari sekarang segala sifat mahmudah tu, dan akan datang i/Allah lama2 akan jadi biasa. Pada saya, kadang-kadang situasi memaksa kita untuk melakukan perkara baik, dan buruk.. Untuk perkara buruk, cuba kita tetapkan pendirian kita, yakin dengan apa yang kita buat itu baik walaupun suasananya buruk.. Contoh, kita pergi ke UK, dan tengok 90% wanitanya tidak bertudung, jadi bagi mengikut suasanan, keadaan tempat, membiasakan diri dan senang membawa diri, perlu ke kita buka tudung sama macam mereka?? Tidak perlulah, sebab kita yakin perkara yang kita lakukan adalah betul dan dituntut di sisi agama..Biar orang ikut kita, jgn kita ikt org..

Tetapi....
Berbeza pula dalam hal kebaikan.. majoriti perempuan 'free hair' ke Mekah pakai tudung, sebab terpaksa!! malu dengan suasana, kalau macam tu, baguslah..hal kebaikan jgn fikir hipokrik, kadang KETERPAKSAAN itu menjadi KERELAAN bila DIBIASAKAN..

Banyak benda yang ditangguh terlebih dulu, sama macam saya, nak buat projek ilmiah, rileks dulu, dateline lambat lagi..nak beli tiket blk kg, ala..nanti2 la..bukan habs pn tiket 2..bila da smpai masa, terkejar2 nk buatkan, bertempiaran plak lari ke stesen bus sebab berebut tiket...hmm..susah nak ubah perkara yang biasa dibuat ni.. Tapi, xpe..kena ada USAHA.. Jom sahabat2..apa tunggu lagi, lakukan sekarang, Amar MA'ruf nahi mungkar...

JAP.. Daftar MENGUNDI dok lagi tu??
Apa TUNGGU lagi,
PILIHANRAYA semakin menghampiri,
Ngundi tu WAJIB pada diri,
Untk memberi kemenangan pada Parti,
Yg berjuang kpd ISLAMI........

 p/s: HIDUP TIADA CITA2 IBARAT MATI, CITA2 TANPA USAHA ADALAH MIMPI...






Tuesday, May 1, 2012

Pengalaman ITU..(BERSIH 3.0)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..lame betol aku tak menulis kn..bukan nak berhenti menulis, cuma nak berhenti menulis perkara yang tidak betul, perkara yang boleh mendatangkan dosa kepada penulis..nak tambahkan menulis perkara kebaikkan, yang membawa manfaat kepada pembaca, memberi pengajaran kepada penulis..i/Allah..
   Pasal isu hangat sekarang, apa lagi kalau bukan BERSIH 3.0..biarpun rata-rata yang tahu aku ialah penyokong parti yang bermatlamatkan Al-Quran dan as-Sunnah, tapi aku cuba meberi komen sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai anugerah pancaindera penglihatan anugerah dari Allah dan dgn Anugerah ini, aku dapat saksikan sendiri detik2 ketika di Lapangan Bersih 3.0 itu.
  Sy sapa pada jam 10pagi, sebab ikutkan awal2 lagi sy boleh ikut wartawan senior Berita Harian ke Perhimpunan itu, tapi last2 minit, bos tak bagi pergi dan suruh kitorang pelajar2 praktikal (5 org) masuk ke opis pada hari perhimpunan kerana beliau bimbangkan keselamatan kami disebabkan kami bukan staf. Tapi disebabkan smeangat berkobar2 untuk ke merasa sendiri (biarpun pergi menjalankan tugas) perhimpunan itu, semangat ingin ikut kerana BERSIH mmg femes sebelum ini, jd pagi perhimpunan itu, saya usahakan juga minta izin bos k perhimpunan, dan alhamdulillah, saya bersama seorang lagi pelajar praktikal 'lepas' pergi ke perhimpunan itu.
   Masa sampai di sana, (Central Market), kelihatan masih tenang dan masing2 (peserta perhimpunan) semangat melaungkan kata semangat seperti "Hidup Berish, Hidup Rakyat", tidak lupa juga nyayian lagu NEGARAKU berkumandang oleh ratusan ribu peserta bersih tanda mereka tidak lupa di mana bumi dipijak. kemudiannya kelihatan juga Barisan Pegawai keSELAMATan negara, POLIS, berbaris dan berkumpul, dan jelas terpancar di wajah mereka (POLIS) ketidak bimbang kerana keadaan begitu aman. Keadaan begitu berkekalan sehingga jam 2 petang.. semakin bertambah 'manusia' yang inginkan pilihanraya BERSIH di negara kita, mereka berarak dari setiap penjuru (Petaling Street, Briedfields, KL Sentral, Pasar Seni) berkumpul dalam 1tempat di CM...Ya Allah, pandangan masa 2 hanya KUNING..lautan KUNING mula membanjiri CM..
   >>Terfikir dibenak sy, bagaimana keadaan di kawasan PANAS (DATARAN MERDEKA) saat itu??jiwa meronta2 nk pergi sana, apatah lagi menghubungi wartawan di sana menyatakan rombongan dari sini sedang bercadang nk berarak ke sna, kawan ckp, sini dah penuh, xboleh masuk lagi, y ingin masuk pn dah rmai..mcm mna ni...

  >>Sekali lagi terfikir di minda, Ya Allah, ramainye orang y inginkan keADILan dan keBERSIHan dalam PilihanRaya..Alhamdulillah..sy tidak keseorang, sy tidak sendirian dalam memperjuangkan perkara ini dan sy YAKIN, masih ramai lagi di luar sana yang CINTAkan keamanan, keBERSIHan, namun mempunyai kekangan untuk hadir pada hari ini..
   >>Mintak2 xd ape2 berlaku hari ini seperti BERSIH 2.0 dulu dan mereka yg datang dgn semangat, dgn penuh harapan, jg pulang dgn selamat, dgn penuh kepuasan..amin..(Doaku dalam hati)..

Orang DG (kuning) semakin membanjiri CM, pelbagai laungan , seperti "hidup rakyat, hidup bersih, hapus bn' dan sebagainya..tidak kurang juga yg melaungkan TAKBIR, Alunan ZIKIR menghiasi perakakan tandakan peserta Perhimpunan Aman itu tidak melupakan Agama Suci kita dan pergantungan segalanya hanya pada Allah dalam menuju ke medan Dataran Merdeka..
   Lebih kurang jam 3.30 petang..orang ramai mula ke arah kami, tertanya sesama sendiri, sudah habis ke?mungkin la kot, sbb penganjur janjikan perhimpunan dari janm 2-4ptg.. Ketika sy dan senior 'lepak' di stesen bus smbil memerhatikan orang ramai, kami sempat berborak2 dgn peserta, rata2 menyatakan puas hati kerana tiada apa yg buruk berlaku..Ucapan SYUKUR sekali lagi bergema dalam hati..Alhamdulillah...terima kasih ya Allah..
   Sehinggalah tengok orang bertempiaran lari, kemudian mata sy muka dan mata saya mula pedih, sesak tidak boleh bernafas, air mata mula bercucuran.. Ya Allah, apakah ini??pandangan mula kabur, namun digagahi juga mengikur senior dan orang ramai bertempiaran lari..bermacam ragam orang yang ditemui..
   Masa dalam larian menyelamatkan diri dari regim kekuasaaan polis krn mereka mula menangkap org ramai, dan mencari kawasan yang jauh dari GAS Pemedih MATA itu, saya terbayangkan keluarga saya..AYAH..ABANG..ADIK2..di mana Mereka? Kalau saya di CM yg jauh dri Dataran pn semakin tewas dgn keKUATan gas itu, apatah lagi mereka y berada di sana?? Dlm Larian itu, sy menghubungi AYAH, alhamdulillah berita y diterima menggembirakan, ayah sy tiada di kawasan Dataran, Ayah lebih suka DUDUK BANTAH di Pasar Seni dgn A.Samad Said dgn niat dan matlamat yg sama dgn yg di Dataran...Alhamdulillah..
   Pada abang, dn adik2 sy, saya fikir mereka pasti selamat krn mereka mempunyai kekuatan yg lebih orang muda berbanding Ayah yang Meniti Usia...Jd saya meneruskan larian sehingga tiba di kawasan 'highway', gas tidak lagi dihidu, dan Alahamdulillah, kurang sedikit kepedihan mata, garam yg dibawa pun semakin berkurang.. Senior terus memutuskan utk kam pulang ke Opis saja disebabkan hari menjelang senja dan memikirkan tiada apa2 y berlaku di situ..
   Berjalan sejauh lebih 30km, dalam cuaca panas terik, tepi lebuhraya, memang menguji kesabaran, keimanan sy, cemburu melihat org lain berkenderaan dgn berhawa dingin memecut laju dilebuhraya..Allah, ujian beratnya untuk hambaMu ini, tp akal masih lg waras mengawal nafsu sebaik mungkin, Bersyukur dgn setiap yg diberi olehNya, jika kita rasa berat ujian ini, ada lagi hamba y diuji dgn lebih berat..
  Telahan sy tepat, sampai dipejabat, heboh mengatakan perkara buruk tentang bersih berlaku, ramai y tercedera, ada y meninggal, ada kereta y tamat riwayat dan sebagaina..Allah..bagaimana la keadaan di sana? terbayang wajah teduhan makcik2 dan pakcik2 yg gagahi jua utk ke sana demi sebuah perjuangan, bagaimana keadaan mereka?Allah..begini agaknya y berlaku di Mesir, Syria, Iraq, Palestin dan negara timur tengah lain yang bergolak dalam mengekalkan identiti ISLAM...
   Ketika kemudian, Abg telefon dengan suara y tercungap2, cakap adk lelaki sy 15thn ditangkap polis, y 20thn hampir pengsan menyelamatkan diri dari POLIS dan menahan diri agar dapat teruskan hidup alaupun menghidu gas dan air water canon..Allah, Aku xpunya kudrat utk menolong mereka, tapi Aku percaya, kekuasaanMu mampu membuat apa saja..Hanya pada Allah aku panjatkan Doa semoga ahli keluargaku dan Pejuang2 lain selamat..
   Hampir 7mlm, abang membuat panggilan adik terlepas dari tahanan polis, dan adk y hampir pengsan selamat diberi rawatan..dalam jam 8malam mereka semua bertolak pulang ke negeri tanah airku dengan membawa sekali 'roh' aku pulang bersama ke Serambi Mekah.. Walaupun pelbagai dilalui, seramai mungkin mencemuh, pemimpin bersikap angkuh dgn menggunakan kuasa y ada, tapi sy BANGGA dgn KELUARGA sy, dgn RAKYAT Nalaysia y menyokong BERSIH 3.0 dan sggup turun bersama2 Memperjuangkan Keadilan dlm pilihanraya yg menentukan KERAJAAN kita pada hari ini...
   Dan tulisanku ini Akan ku abadikan dalam blog ini agar segalanya tersusun rapi dalam lipatan sejarahku sendiri untuk diceritakan kpd generasi akan dtg bahawa inilah MALAYSIA..INILAH negara kita sblm apa y kami perjuangkan menjadi kenyataan..i/Allah..