Thursday, June 5, 2014

Hamba Lemah..

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yg paling soleh di kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" (Imam Hassan Al-Basri)

Sesungguhnya, kata-kata dari cendekiawan Islam itu saya bawa agar kita semua faham tentang kewajipan dakwah terhadap kita semua. Untuk menerangkan tentang kata-kata dari Imam Hassan al-Basri itu, saya rasa semua yang membaca ini dah faham maksudnya. Beliau berkata, tugas dakwah itu penting kepada semua manusia yang bergelar Muslim..Jadi, jangan rasa diri tidak sempurna, "aku pun banyak kekurangan lagi, takkan aku nak nasihat dia plak, nanti apa kata dia?" tidak harus timbul, kerana jika menunggu orang yang sempurna, mustahil dan pasti tidak ada yang menyampaikan dakwah pada hari ini, kerana yang maksum itu adalah para Rasul sahaja. Justeru, 

AKU KEMBALI

Lama sudah aku tidak menulis..berhabuk berdebu sungguh belog ini..

Kisah hidup aku juga telah berubah..ibarat kapal yang belayar, namun masih belum berlabuh lagi..

Aku kini sedang menulis, rutin harianku menulis, mengasak pena, menekan keyboard, mencurah idea..

Kadang-kadang bertalu-talu, kadang tidak keluar walau satu..kadang langsung beku..

Itu lah aku..insan musafir yang mencari ilmu..meninggalkan keluarga nun jauh di negeri serambi Mekah..

Namun aku tidak sedih, aku anggap itulah pengorbanan..ingin sesuatu harus lepaskan sesuatu..ya..betul..aku cuba berlagak kuat..

Aku yakin, Allah bantu..kawan-kawan ada sedia bersama, teman seperjuangan tidak leka tinggalkan aku sendiri..

Betapa beruntungnya aku...masih lagi mahu mempersoal takdir?

Jahat pula aku..sering tidak mensyukuri..aku leka, aku lalai dalam membaca bai-bait ayat firmanMu..

Maafkan aku...aitulah aku..INSAN PENDOSA..DAMBA PAHALA..

6:50 05062014