Wednesday, April 6, 2011

Hidup tidak selalunya Indah..

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
Setelah 7 post saya telah sempurnakan sebelum ini,maka ini adalah post yang terakhir dari saya untuk menyiapkan assgment en.zainol. Post yg terakhir sy ingin mengetengahkan tentang Kehidupan kita selaku hambaNya yg hidup kita tidak selalunya indah. Bermacam dugaan dan cabaran yang telah dan sedang menunggu untuk kita hadapinya kemudian hari. Namun bagi kita yg beriman dgn Allah dan agamaNya, semua cabaran dan dugaan itu haruslah kita aggap sebagai hadiah dan perhatian dari Allah untuk kita. Maka bersyukurlah apabila kita di uji, keran aitu tandanya Allah syg kita dan tak biarkan kita sendirian malah diberi perhatian dgn menguji kita agar kita selalu igat padaNya. Sesungguhnya Allah rindu untuk mendengar rintihan kita berpanjangan, maka diujinya kita.




"Hidup tidak selalunya indah,langit tak selalu cerah,suram malam tak berbintang,begitu aturan Tuhan...."

Teringat sy akan senikata lagu di atas yang selalu dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz.....apa yang akan sy kongsi bersama para sahabat semua adalah mengenai kehidupan kita sebagai hamba Allah yang di kurniakan segala nikmat yang cukup dan sempurna....sebenarnya kita adalah manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...kadang2,hidup kita ini indah...kadang2 hidup kita ini ada masalah....pendek kata,dalam kehidupan ini manusia tidak terlepas daripada dua perkara tersebut...beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat kebaikan dan kurang beruntunglah bagi sesiapa yang tidak mendapat kebaikan....

Tetapi,kita perlu ingat antara sifat Allah ialah suka menguji...manusia ini tidak terlepas dari ujian Allah samada ujian itu dalam keadaan senang ataupun susah....Yang penting,kita perlu sentiasa bersyukur samada dalam keadaan senang ataupun susah...

Allah berfirman dalam Al Quran yang bermaksud:
"dan sesiapa yang bersyukur dengan nikmatku maka aku akan tambahkan nikmat mereka itu dan sesiapa yang kufur(tidak bersyukur),maka azabku amat pedih" 

Disini kita dapat lihat bahawa Allah amat suka kepada mereka yang tahu berterima kasih dan bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan Allah amat murka kepada mereka yang tidak tahu mensyukuri nikmat-Nya....
Mereka yang tidak tahu bersyukur adalah mereka yang kufur nikmat Allah SWT...

Hidup ini akan indah jika disulami dengan IMAN dan TAQWA.......dan kita perlu ingat,hidup ini ibarat roda....kadang2 di atas dan kadang kita dibawah.....hanya orang yang tahu menilai serta menghayatai erti kehidupan dengan iman dan taqwa,mampu bertahan dengan ujian Allah SWT serta tidak leka dengan kehidupan dunia...
Kita perlu sentiasa berdoa agar kita sentiasa berada dalam Redha Allah SWT.



Nota Jari: Ya Allah matikan aku dlm agamaMu..

Merdunya Sebuah Kematian

Assalamualaikum..
Kehidupan Insan kali ini akan membawa isu tentang merdunya sebuah kematian bagi orang mukmin y beriman. Kematian bukannya pengakhiran kepada sesebuah kehidupan kita sebagai makhlukNya, ini kerana ada alam lain yg akan kita hadapi selepas itu. Pada kali ini, sukanya saya untuk berkongsi dengan sahabat semua tentang sebuah artikel y sya terbaca melalui internet karangan saudara al-Quraisy, amat menarik dan mengharukan. Semoga kita sama2 mendapat ikhtibar dan kebaikkan dari penulisan beliau.

Jika seorang hamba menderita sakit maka penundaan taubat adalah sangat berbahaya kerana sakit adalah peringatan akan kematian. Maka dari itu dianjurkan kepada individu yang menziarahi orang sakit untuk kembali mengingatkannya agar bertaubat dan beristighfar, tidak ada penutup amalan yang lebih baik daripada tauat dan istighfar. Penutup amalan itu terhadap semua amalan buruk akan menjadi kafarahnya, sedangkan terhadap amalan baik adalah kunci kematian. 

Para salafussoleh berpendapat bahawa orang yang mati setelah melakukan amal soleh, puasa misalnya, atau solat, maka orang seperti ini diminta untuk masuk ke syurga. Dengan kejujuran ijtihad mereka dalam beramal, juga telah berusaha sekuat kemampuan mereka untuk selalu memperbanyakkan taubat dan istighfar ketika maut menjemput. Menutup lembaran amalnya dengan istighfar dan kalimat tauhid.

Pada saat seorang ulamak al-Ala ibn Ziyad meninggal dunia, dia sempat menangis sebelum menghembuskan nafasnya. Apabila ditanya apa yang membuatnya menangis pada saat genting ini? Maka jawabnya, “Demi Allah, sekian lama aku bercita-cita untuk menghadapi kematian dengan taubat.” Orang yang berada di sekitarnya serentak mengatakan, “Lakukanlah. Semoga Allah selalu menyayangimu!” Dia kemudian berdoa membersihkan diri, lalu berwuduk dan minta dipakaikan pakaian baru. Setelah itu, dia menghadap ke kiblat dan mengisyaratkan dengan kepalanya dua kali. Seterusnya dia berbaring dan terus meninggal dunia.

Sama halnya dengan Amir ibn Abdullah ketika menjelang ajalnya. Dia menangis dan berkata, “Untuk menghadapi kematian seperti ini hendaklah insan itu mengucapkan, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanmu daripada kelebihan dan kelalaianku. Aku juga bertaubat kepadamu dari segala dosa-dosaku. Tiada tuhan selain Allah,’ bibirnya terus mengulangi doa ini hingga akhirnya dia meninggal dunia.

Alangkah merdunya keresahan orang yang bertaubat. Alangkah manisnya bayangan alam ghaib yang datang. Alangkah harumnya haruman kasturi syurga. Orang yang sudah mencecah usia emas bagaikan seorang wanita hamil sembilan bulan yang hanya menunggu masa untuk melahirkan sang bayi. Maka tersangatlah jelek orang tua yang masih bergelumang dengan dosa sedangkan masanya akan tiba!

Tidakkah kita berasa malu mempamerkan nikmat dunia yang fana? Tidakkah kita berasa satu kerugian yang amat besar jikalau meninggalkan amalan akhirat? Janganlah disangka barang dagangan tidak akan jatuh menjunam. Tatkala itu kita datang di hadapan pintu dengan menghiba, “Aku bertaubat!”

Perkahwinan Menurut ISLAM..

Salam..
Alhamdulliah..walaupun hari-hari yg dilalui amat sibuk dan penuh dengan tekanan-tekanan kerja, namun saya masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate blog ini, bukan apa, untuk mencukupkan post sambil memberi peringatan penting kepada para sahabat dan diri saya sendiri. Setelah kita membincangkan tentang kelahiran manusia, dan juga mukmin yang soleh, minggu ini saya akan membawa sahabat semua untuk menilai erti sebuah perkahwinan. Ini kerana saya percaya, KEHIDUPAN INSAN yang saya highlight kn sebelum ini tak lari dari perkahwinan, dan selepas menjadi anak dan remaja yang soleh, menjadi impian dan FITRAH apabila setiap insan itu ingin mempunyai keluarga sendiri. Jadi marilah kita sama2 renungkan apakah itu perkahwinan menurut islam, ianya bukan sekadar nafsu semata-mata tapi lebih mendalam lagi.




Perkahwinan merupakan satu pertalian antara dua hamba Allah yang disulam untuk menghalalkan fitrah cinta dan hubungan sesama manusia antara Adam dan Hawa.Islam menggariskan satu tatacara hidup yang sempurna bagi anak Adam yang telah meningkat dewasa dan akil baligh untuk mendepani kehidupan baru bagi meneruskan kesinambungan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi.

Jika diperhatikan hukum alam, setiap ciptaan Allah dihasilkan berpasang-pasangan,Matahari dan Bulan,malam dan siang,langit dan bumi, semuanya dijadikan untuk melengkapkan antara satu sama lain bagi faedah seluruh alam serta membuktikan keesaan Allah S.W.T mentadbir alam ini.

Firman Allah S.W.T.
”Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangandari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Yaasin: 36)
Begitu juga dengan perkahwinan di mana suami dan isteri itu telah Allah catatkan sejak azali lagi untuk setiap anak Adam yang lahir di bumi ini dengan pasangan masing-masing bagi memberi kedamaian dan penyejuk hati buat insan kerdil ini sesuai dengan ayat dari surah Ar-Rum:21

“ Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu berasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara rasa kasih (mawaddah) dan sayang(rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum: 21)

Ayat di atas secara jelas menuntut peranan yang besar kepada bakal suami mahupun isteri yang akan menakhoda bahtera perkahwinan supaya menjadikan rumahtangga itu bukan sahaja dipateri dengan cinta di awal perkahwinan(mawaddah) yang lazimnya terbit atas dasar nafsu, tetapi biarlah cinta itu kekal menjadi kasih sayang yang berpanjangan(rahmah) sehingga menanti ke penghujung nyawa.

Perkahwinan merupakan satu ibadah dan sunnah yang dituntut oleh Rasulullah S.A.W. yang dijalin bagi membentuk satu generasi masyarakat yang berkualiti dan tawadduk. Institusi kekeluargaan Islam ini cukup penting dalam merungkai permasalahan sosial manusia sehingga ia diletakkan dalam tingkatan ke-dua selepas pembinaan individu muslim dalam maratibul amal yang digagaskan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Pergolakan gejala tidak sihat dan kebajetan akhlak yang berlaku di kalangan muda-mudi pada hari ini kebanyakannya berpaksi daripada keruntuhan nilai pada kekeluargaan Islam yang dibentuk pada awalnya.

Tanggungjawab Suami dan Isteri

Perkahwinan antara dua insan bertujuan memberi manfaat bukan sahaja kepada suami dan isteri tetapi juga kepada keluarga kedua-dua belah pihak.Suami dan isteri harus berterusan mengamalkan sikap toleransi dan memahami tanggungjawab masing-masing agar sinergi daripada perkahwinan ini membawa hikmah ke seluruh alam.Tanggungjawab suami dan isteri ini disebut dalam Surah An-Nisa ayat 34:
”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).” (An-Nisa:34)

Ayat di atas diperjelaskan lagi melalui hadith daripada sabda junjungan besar Nabi Allah berikut:

”Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan diminta tanggungjawab atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.Seorang lelaki bertanggungjawab atas kehidupan keluarganya dan akan diminta bertanggungjawab atasnya. Dan perempuan bertanggungjawab atas harta dan anak-anak suaminya dan akan diminta tanggungjawab atasnya” (Riwayat Bukhari)

Oleh itu, perkahwinan merupakan satu amanah yang cukup besar baik kepada suami mahupun isteri dan penting kedua-duanya saling melengkapi untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan Allah S.W.T kepada setiap manusia yang bergelar suami dan isteri supaya kasih(mawaddah) dan sayang(rahmah) akan subur dalam alam perkahwinan yang bakal dihidupkan kelak.

Mengapa Perlu Berkahwin?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Peranan anda atau setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting. Anda dan keluarga tentunya ingin bahagia dunia dan akhirat. Mereka yang berbahagia ialah mereka yang beriman, sentiasa beramal salih dan sentiasa menjadi manusia penyumbang. Bahagia sebenarnya ada dalam hati dan perasaan manusia. Oleh itu sucikanlah hati, tingkatkan iman dan jadilah insan yang bertaqwa.

Nota Jari: Semoga di jodohkan dengan lelaki y soleh =)