Tuesday, February 15, 2011

Kejadian manusia dan halatuju sebagai hambaNya....

Assalamualaikum wbt..


Buat sekelian kalinya, saya mula j berjinak2 dalam dunia bog ni, jdi msh byk y sy tdk thu tntg dnia tknology y ini...hrp kwn2 dluar sna pn dpt mmbntu sy utk mncantikkn lg blog sy ni, bkn pe, spya nmpk 'comel' skit..hehehee...utk blog ini, sukanya sy utk mmbwakan tema JEJAK KEHIDUPAN INSAN.....knpa??sebabnya kdg2 kite sbgai mnsia ni sring lalai, bkn ckp kt org lain, tp dri sy jga..jd kite mmrlukn bhn2 n infrmtion tntg khdpn kite spya kite sbg mnsia KEMBALI KPD FITRAHNYA...lgipun, sbg mnusia, kite sring kali leka dgn nikmat dnia y smntra ni, kwn2 pn kdg2 sgan n xtrgmak nk tgur kite, jd hrp srba sdkit y sya akn cttkn dsni dpt mydarkn kite..tp sy jga ign mmhon maaf jka ad t'slp n t'slap, hrp shbt2 smua dpt btlkn la ye...


Ok, bgi topic permulaan, sy ingn kte smua b'fkir dn merenung kmbali tntg kjdian kte d muka bumi ini..dri mnakah kite dtg???mengapa kite didtangkn?utk apa?dan kmna kite sbnrnye?adkh kkal ddnia@ad khdpn lain y lbh abadi????????


Jdi sya ign mnjwab dahulu persoalan y pling utama,iaitu, knp kite ddtgkn k dnia ini?ap y Allah mahukan sbnrnye dgn mnciptakan kita??utk itu, sy dtgkn Firman Allah taala y b'maksud:

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
 - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Utk mmperjlaskn lgi maksud ibadah itu, sy ign brkongsi dgn sahabat sekalian, bahawa para ulama' muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai runag lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada fardhu solah, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. berdasar Firman-Nya tersebut.


Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah S.W.T. serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W..

Jika demikian segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah S.W.T. serta teguh beribadah kepada-Nya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah S.W.T.. Ini bermakna rumah,sekolah, kilang,pejabat,sawah ladang, padang permainan, gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan beribadah. Bahkan seluruh bumi Allah S.W.T. ini merupakan 'masjid', tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.
Sehubungan dengan itu Syaikh al-Islam IbnTaimiyyah telah menyatakan bahawa:

"Setiap perkara yang telah Allah S.W.T. perintahkan hamba-hamba-Nya melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah S.W.T. sama ada tutur kata, perbuatan dan tingkah laku."

Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya, al-'Ibadah Fi al-Islam, bahawa: "Sesungguhnya beribadah kepada Allah S.W.T. tidaklah terhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al-Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sahaja sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah manyempurnakan hak Allah S.W.T. terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah selesai ditunaikan kewajipan 'Ubudiyyah terhadap Allah S.W.T..

Padahal tanggapan tersebut meleset daripada hakikatnya yang sebenar".
Beliau membuat penjelasan lagi bahawa:"Tidaklah dikira ibadah kepada Allah S.W.T. jika seseorang itu berfahaman: Aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas makan daging babi, minum arak, makan riba, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah S.W.T. yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada Allah S.W.T. bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidang kehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendak hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah S.W.T."
Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mesti memperbetulkan fahamannnya kembali mengenai Islam dan ibadah kepada Allah S.W.T.. Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah S.W.T.. Cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa ia adalah Khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah S.W.T. serta melaksanakan kewajipan ber'ubudiyyah kepada Allah S.W.T. semat-mata. Memadai ia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu ibadah kepada Allah S.W.T..

Menurut al-Qaradhawi lagi bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut ialah:
1. Menyeru kepada kema'rufan dan mencegah daripada kemunkaran.
2. Berjihad ke jalan Allah S.W.T..

Menurut huraian asy-Syahid Sayyid Qutb bahawa kerja-kerja menyuruh kepada ma'ruf serta mencegah daripada munkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi ma'ruf tidak tertegak sebagai ma'ruf dan munkar tidak dimusnahkan sebagai munkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar itu maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak atas dasar Iman kepada Allah S.W.T. dan Persaudaraan kerana Allah S.W.T. agar hukum-hukum Allah S.W.T. terlaksana, kerja-kerja ma'ruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikuti jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W.


Dgn itu, mka jlaslah knp kita djdikn ddnia ini, pelbagai nikmat y Allah telah berikan kpda kita, tp kta kdg2 leka kpda Pencipta kita y agung, mka mrilah kita sma2 utk kmbli kpd fitrah..andai ada slh slap dlm pnulisan sy di atas, hrp sahabat2 sklian tgurlah..sbb sy jga insan lmah y mmrlukn sokongn dri semua..waallahua'alam...wasalam..


Sesungguhnye dgn zikir itu blh mnnangkn hati.....

Adakah kita khusyuk dalam solat??????













No comments:

Post a Comment