Thursday, March 10, 2011

Menjadi anak soleh impian semua..

Alhamdulliah...bersyukur kepada Allah krn msh dberik ksmpatan tuk menupdate blog sy ni..huhuh..minggu ni sya nk b'kongsi tips2 tuk mnjadi anak soleh..Yela kn, hdp kt dunia ni, selain membuat amal ibadah kpd Allah, 1 lg tggjwab y bsar adlh mntaati ke2 ibu bapa slgi ianye xb'cggah dcc agama(uhuh..mcm b'tzkirah lak)hehehe...
       Menjadi dan mendapat anak soleh adalah impian semua..Setiap org mengidamkn anak y dkndung slma 9bln i2, y ditatang bgai myak penuh itu menjadi anak yg soleh, namun pernakah kite bermuhasabah sejenak, adakah kite anak y soleh kpd ibu-bapa kite??
      Bernilainya anak soleh adalah kerana merupakan harta y dibawa ke ahkrat kelak...jd, amatlh b'untung andai kita ada anak soleh atau kite sndiri mnjdi anak soleh kpd ibu bpa kite..Subhanallah,bersyukur..Jd disini sy nk kongsikan sedikit antara tips2 untuk mnjdi anak y soleh..(sekadar renungan bersama)smga kite sma2 mndapat manfaat drinya...



Tips menjadi anak soleh
1. Sentiasa bermanis muka apabila bercakap atau memandang wajah ibu bapa Rita.
2. Selalu 'meringankan tulang' untuk membantu ibu bapa dalam kerja-kerja yang mudah di rumah.
3. Membuat sesuatu kerja yang sepatutnya kita kerjakan tanpa periu disuruh atau diarah oleh ibu bapa kita.
4. Jangan merungut atau mem-bantah di atas segala arahan atau suruhan ibu bapa kita.
5. Sentiasa mendoakan keampu-nan dan kesejahteraan untuk kedua ibu bapa kita terutama sekali selepas solat fardhu.
6. Amalkan budaya salam dan mencium tangan kedua-dua ibu bapa sewaktu hendak keluar atau masuk ke dalam rumah.
7. Memohon kemaafan daripada ibu bapa setelah kita metakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan.
8. Mengucap salam dan memohon ampun daripada ibu bapa sebelum kita tidur malam hari.
9. Tunduk dan bersopan sebagai tanda hormat apabila berjalan di hadapan ibu bapa.
10. Bercakap dengan lemah lembut, tidak berkasar serta tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa.
11. Sewaktu makan, biarlah ibu bapa kita yang menjamah makanan terlebih dahulu.
12. Jangan selalu meminta-minta daripada ibu bapa terutama sekali sesuatu perkara atau benda yang tidak perlu ataupun yang tidak munasabah.
13. Sentiasa redha, bersyukur dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap setiap pemberian daripada ibu bapa.
14. Belajar dengan tekun dan ber-sungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam pelajaran sebagai suatu hadiah istimewa daripada kita untuk ibu bapa tersayang.
15. Sentiasa bersikap jujur dan tidak bercakap bohong dengan ibu bapa kita dalam setiap perkara walaupun kita yang bersalah.
16. Sentiasa membiasakan lidah kita untuk mengucapkan 'terima kasih' di atas segala pemberian dan nasihat daripada ibu bapa kita.
17. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita sama ada dengan
perkataan, perbuatan mahupun sikap kita.
18. Sentiasa patuh kepada perintah Allah S.W.T dengan tidak me-ninggalkan solat kerana anak yang soleh juga merupakan anak yang taat pada perintah Allah S.W.T.


nota jari: Rindu pada mak n ayah T_T

No comments:

Post a Comment