Wednesday, April 6, 2011

Perkahwinan Menurut ISLAM..

Salam..
Alhamdulliah..walaupun hari-hari yg dilalui amat sibuk dan penuh dengan tekanan-tekanan kerja, namun saya masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate blog ini, bukan apa, untuk mencukupkan post sambil memberi peringatan penting kepada para sahabat dan diri saya sendiri. Setelah kita membincangkan tentang kelahiran manusia, dan juga mukmin yang soleh, minggu ini saya akan membawa sahabat semua untuk menilai erti sebuah perkahwinan. Ini kerana saya percaya, KEHIDUPAN INSAN yang saya highlight kn sebelum ini tak lari dari perkahwinan, dan selepas menjadi anak dan remaja yang soleh, menjadi impian dan FITRAH apabila setiap insan itu ingin mempunyai keluarga sendiri. Jadi marilah kita sama2 renungkan apakah itu perkahwinan menurut islam, ianya bukan sekadar nafsu semata-mata tapi lebih mendalam lagi.




Perkahwinan merupakan satu pertalian antara dua hamba Allah yang disulam untuk menghalalkan fitrah cinta dan hubungan sesama manusia antara Adam dan Hawa.Islam menggariskan satu tatacara hidup yang sempurna bagi anak Adam yang telah meningkat dewasa dan akil baligh untuk mendepani kehidupan baru bagi meneruskan kesinambungan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi.

Jika diperhatikan hukum alam, setiap ciptaan Allah dihasilkan berpasang-pasangan,Matahari dan Bulan,malam dan siang,langit dan bumi, semuanya dijadikan untuk melengkapkan antara satu sama lain bagi faedah seluruh alam serta membuktikan keesaan Allah S.W.T mentadbir alam ini.

Firman Allah S.W.T.
”Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangandari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Yaasin: 36)
Begitu juga dengan perkahwinan di mana suami dan isteri itu telah Allah catatkan sejak azali lagi untuk setiap anak Adam yang lahir di bumi ini dengan pasangan masing-masing bagi memberi kedamaian dan penyejuk hati buat insan kerdil ini sesuai dengan ayat dari surah Ar-Rum:21

“ Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu berasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara rasa kasih (mawaddah) dan sayang(rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum: 21)

Ayat di atas secara jelas menuntut peranan yang besar kepada bakal suami mahupun isteri yang akan menakhoda bahtera perkahwinan supaya menjadikan rumahtangga itu bukan sahaja dipateri dengan cinta di awal perkahwinan(mawaddah) yang lazimnya terbit atas dasar nafsu, tetapi biarlah cinta itu kekal menjadi kasih sayang yang berpanjangan(rahmah) sehingga menanti ke penghujung nyawa.

Perkahwinan merupakan satu ibadah dan sunnah yang dituntut oleh Rasulullah S.A.W. yang dijalin bagi membentuk satu generasi masyarakat yang berkualiti dan tawadduk. Institusi kekeluargaan Islam ini cukup penting dalam merungkai permasalahan sosial manusia sehingga ia diletakkan dalam tingkatan ke-dua selepas pembinaan individu muslim dalam maratibul amal yang digagaskan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Pergolakan gejala tidak sihat dan kebajetan akhlak yang berlaku di kalangan muda-mudi pada hari ini kebanyakannya berpaksi daripada keruntuhan nilai pada kekeluargaan Islam yang dibentuk pada awalnya.

Tanggungjawab Suami dan Isteri

Perkahwinan antara dua insan bertujuan memberi manfaat bukan sahaja kepada suami dan isteri tetapi juga kepada keluarga kedua-dua belah pihak.Suami dan isteri harus berterusan mengamalkan sikap toleransi dan memahami tanggungjawab masing-masing agar sinergi daripada perkahwinan ini membawa hikmah ke seluruh alam.Tanggungjawab suami dan isteri ini disebut dalam Surah An-Nisa ayat 34:
”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).” (An-Nisa:34)

Ayat di atas diperjelaskan lagi melalui hadith daripada sabda junjungan besar Nabi Allah berikut:

”Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan diminta tanggungjawab atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.Seorang lelaki bertanggungjawab atas kehidupan keluarganya dan akan diminta bertanggungjawab atasnya. Dan perempuan bertanggungjawab atas harta dan anak-anak suaminya dan akan diminta tanggungjawab atasnya” (Riwayat Bukhari)

Oleh itu, perkahwinan merupakan satu amanah yang cukup besar baik kepada suami mahupun isteri dan penting kedua-duanya saling melengkapi untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan Allah S.W.T kepada setiap manusia yang bergelar suami dan isteri supaya kasih(mawaddah) dan sayang(rahmah) akan subur dalam alam perkahwinan yang bakal dihidupkan kelak.

Mengapa Perlu Berkahwin?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Peranan anda atau setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting. Anda dan keluarga tentunya ingin bahagia dunia dan akhirat. Mereka yang berbahagia ialah mereka yang beriman, sentiasa beramal salih dan sentiasa menjadi manusia penyumbang. Bahagia sebenarnya ada dalam hati dan perasaan manusia. Oleh itu sucikanlah hati, tingkatkan iman dan jadilah insan yang bertaqwa.

Nota Jari: Semoga di jodohkan dengan lelaki y soleh =)

No comments:

Post a Comment