Wednesday, April 6, 2011

Merdunya Sebuah Kematian

Assalamualaikum..
Kehidupan Insan kali ini akan membawa isu tentang merdunya sebuah kematian bagi orang mukmin y beriman. Kematian bukannya pengakhiran kepada sesebuah kehidupan kita sebagai makhlukNya, ini kerana ada alam lain yg akan kita hadapi selepas itu. Pada kali ini, sukanya saya untuk berkongsi dengan sahabat semua tentang sebuah artikel y sya terbaca melalui internet karangan saudara al-Quraisy, amat menarik dan mengharukan. Semoga kita sama2 mendapat ikhtibar dan kebaikkan dari penulisan beliau.

Jika seorang hamba menderita sakit maka penundaan taubat adalah sangat berbahaya kerana sakit adalah peringatan akan kematian. Maka dari itu dianjurkan kepada individu yang menziarahi orang sakit untuk kembali mengingatkannya agar bertaubat dan beristighfar, tidak ada penutup amalan yang lebih baik daripada tauat dan istighfar. Penutup amalan itu terhadap semua amalan buruk akan menjadi kafarahnya, sedangkan terhadap amalan baik adalah kunci kematian. 

Para salafussoleh berpendapat bahawa orang yang mati setelah melakukan amal soleh, puasa misalnya, atau solat, maka orang seperti ini diminta untuk masuk ke syurga. Dengan kejujuran ijtihad mereka dalam beramal, juga telah berusaha sekuat kemampuan mereka untuk selalu memperbanyakkan taubat dan istighfar ketika maut menjemput. Menutup lembaran amalnya dengan istighfar dan kalimat tauhid.

Pada saat seorang ulamak al-Ala ibn Ziyad meninggal dunia, dia sempat menangis sebelum menghembuskan nafasnya. Apabila ditanya apa yang membuatnya menangis pada saat genting ini? Maka jawabnya, “Demi Allah, sekian lama aku bercita-cita untuk menghadapi kematian dengan taubat.” Orang yang berada di sekitarnya serentak mengatakan, “Lakukanlah. Semoga Allah selalu menyayangimu!” Dia kemudian berdoa membersihkan diri, lalu berwuduk dan minta dipakaikan pakaian baru. Setelah itu, dia menghadap ke kiblat dan mengisyaratkan dengan kepalanya dua kali. Seterusnya dia berbaring dan terus meninggal dunia.

Sama halnya dengan Amir ibn Abdullah ketika menjelang ajalnya. Dia menangis dan berkata, “Untuk menghadapi kematian seperti ini hendaklah insan itu mengucapkan, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanmu daripada kelebihan dan kelalaianku. Aku juga bertaubat kepadamu dari segala dosa-dosaku. Tiada tuhan selain Allah,’ bibirnya terus mengulangi doa ini hingga akhirnya dia meninggal dunia.

Alangkah merdunya keresahan orang yang bertaubat. Alangkah manisnya bayangan alam ghaib yang datang. Alangkah harumnya haruman kasturi syurga. Orang yang sudah mencecah usia emas bagaikan seorang wanita hamil sembilan bulan yang hanya menunggu masa untuk melahirkan sang bayi. Maka tersangatlah jelek orang tua yang masih bergelumang dengan dosa sedangkan masanya akan tiba!

Tidakkah kita berasa malu mempamerkan nikmat dunia yang fana? Tidakkah kita berasa satu kerugian yang amat besar jikalau meninggalkan amalan akhirat? Janganlah disangka barang dagangan tidak akan jatuh menjunam. Tatkala itu kita datang di hadapan pintu dengan menghiba, “Aku bertaubat!”

No comments:

Post a Comment