Thursday, June 5, 2014

Hamba Lemah..

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yg paling soleh di kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" (Imam Hassan Al-Basri)

Sesungguhnya, kata-kata dari cendekiawan Islam itu saya bawa agar kita semua faham tentang kewajipan dakwah terhadap kita semua. Untuk menerangkan tentang kata-kata dari Imam Hassan al-Basri itu, saya rasa semua yang membaca ini dah faham maksudnya. Beliau berkata, tugas dakwah itu penting kepada semua manusia yang bergelar Muslim..Jadi, jangan rasa diri tidak sempurna, "aku pun banyak kekurangan lagi, takkan aku nak nasihat dia plak, nanti apa kata dia?" tidak harus timbul, kerana jika menunggu orang yang sempurna, mustahil dan pasti tidak ada yang menyampaikan dakwah pada hari ini, kerana yang maksum itu adalah para Rasul sahaja. Justeru, 

No comments:

Post a Comment